top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

8 Perkara yang Boleh Memendekkan Umur

  • rijjsecret
  • Oct 13, 2017
  • 2 min read

Orang Malaysia kebiasaannya akan lakukan perkara yang biasa dibuat setiap hari. Rutin harian yang macam tak berbahaya tapi sedar tak sedar benda inilah yang boleh membunuh secara perlahan-lahan. Jangan bahayakan nyawa korang disebabkan benda-benda yang nampak macam tak berbahaya ini. Jom baca lebih lanjut.


Minum dari Botol Plastik

Ini ramai sangat orang yang buat. Menurut kajian yang dijalankan oleh Persatuan Jantung Amerika, botol air plastik mengandungi Bisphenol A (BPA). BPA ini boleh menyebabkan penurunan degupan jantung dan penyakit darah tinggi. Sebab itulah sangat-sangat tidak digalakan untuk minum dari botol mineral yang sudah seharian terjemur bawah matahari.


Minum Minuman Manis

Bila bercakap pasal minuman, orang Malaysia memang suka minuman sejuk yang manis-manis terutama masa cuaca panas, minuman sejuk yang manis adalah satu kemestian. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard, pengambilan minuman manis yang kerap akan meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit kencing manis jenis ke-2, penyakit jantung dan lain-lain penyakit yang kalau tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan kematian.


Menurut satu kenyataan oleh World Health Organisation (WHO) yang diterbitkan dalam Straits Times, secara purata, manusia yang mengambil 1800kcal sehari harus mengambil kurang daripada 22grams gula. Tetapi kebanyakan minuman tin yang terdapat dipasaran mengandungi 30grams gula. Hanya satu tin minuman sahaja, korang sudah minum lebih gula yang badan perlukan dalam sehari.


Duduk Berjam-jam

Untuk korang yang bekerja atau pelajar, duduk berjam-jam memang tidak dapat dielakkan. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Annals of Internal Medicine, didapati bahawa duduk yang terlalu lama boleh membunuh! Walaupun korang jenis yang rajin bersenam. Sebaik-baikanya berdiri sekejab selepas duduk 30minit, kalau nak hidup panjanglah.


Bermesej semasa Memandu

Ramai yang sudah tahu bahawa tapi masih ramai yang buat. Menurut The Star, kajian oleh Miros mendapat 80% kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kelalaian manusia, salah satunya termasuklah penggunaan telefon semasa memandu.


Bukan setakat bermesej semasa memandun, tapi bermesej atau menggunkan telefon semasa berjalan kaki juga adalah sangat bahaya. Menurut kajian yang dijalankan oleh MATEC, mendapati 500 kematian setiap tahun adalah disebabkan oleh pejalan kaki yang menggunakan telefon.


Makanan Tempatan yang Sedap

Suka makan makanan tempatan pun masalah juga kah? Memang masalah. Makanan seperti nasi lemak, laksa, kari, char kuey teow, masak lemak semua ini adalah makanan yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi, kolesterol dan masalah kegemukan kalau diambil secara berlebihan.


Penggunaan Telefon sehingga Lewat Malam

Menurut CNN, kajian yang dijalankan oleh Dr Gregory Marcus, seorang profesor perubatan dari Universiti California, mendapati peninggkatan penggunaan telefon pada siang hari adalah punca kerang tidar pada waktu malam. Ini kerana lampu dari telefon menyebabkan gangguan jam biologi dalam badan kita. Selain itu, lampu dari gadjet ini juga mengganggu penghasilan melatonin, iaitu hormon yang memainkan peranan dalam tidur kita. Tidur yang cukup adalah satu keperluan, kekurangan tidur boleh mendatangkan banyak penyakit.

Tidur Lebih dari 9 Jam

Tidur berlebihan pun tidak bagus juga sebab boleh memendekkan umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh Sydney Universiti mendapati kesan tidur berlebihan adalah seteruk merokok! Tidur yang berlebihan akan meningkatkan cytokines dalam badan dan menyebabkan penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan obesiti. Sebaik-baiknya tidurlah 6 hingga 7 jam sehari.


Menangguh Medical Check up

Disebabkan jadual sehari-harian yang sibuk, kita selalu menangguhkan medical check up, kadang-kala langsung tidak melalukan sehinggalah tiba-tiba kita diserang penyakit. Percayalah bahawa tiada penyakit yang menyerang secara tiba-tiba, semua penyakit akan menunjukkan simptom-simptom. Jadi lakukan medical check up kalau korang pernah lakukan.


Semoga bermanfaat. Jangan lupa share dengan orang tersayang korang.


 
 
 

Yorumlar


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page