Hobi Bukan Punca Aurat Tergadai
- rijjsecret
- Oct 2, 2017
- 1 min read

Cosplay bukan untuk orang bertudung. Ini ialah stigma yang sudah lama sangat wujud. Terbaru, stigma ini telah di ubah oleh gadis berbakat dari Perlis.
Miisa, 21, gadis yang sangat sukakan cosplay. Menariknya, Miisa tidak membuka tudungnya untuk menunjukkan bakat cosplaynya.

Miisa tidak menggunakan rambut palsu ada mewarnakan rambutnya untuk menjayakan watak cosplay, tetapi menggunakan tudung pelbagai warna untuk menjayakan watak yang dibawanya.

Miisa menggelarkan dirinya sebagai Malaysian Hijab Cosplayer (MHC). Miisa bermuka dengan mengupload gambar cosplaynya di Instagram pada tahun 2016. Miisa buka sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia tapi juga mendapat perhatian media Jepun.

Miisa mendapat banyak perhatian peminat cosplay kerana kretivitinya yang tidak mendedahkan aurat demi hobinya. Syabas RS ucapkan untuk adik Miisa, semoga sukses selalu 😘
Comments