Trend Makan Banyak tapi Body Maintain
- rijjsecret
- Sep 29, 2017
- 1 min read

Sejak akhir-akhir ini, mukbang menjadi topik yang super manarik dibincangkan di dunia media sosial. Tapi apakah sebenarnya mukbang ini?
Untuk pengetahuan korang, ‘Mukbang’ ini berasal dari bahasa Korea iaitu ‘meokbang’ yang bermaksud ‘eating broadcasting’ atau bahasa melayunya, makan sambil bersiaran. Yup, mukbang ialah video yang ditayangkan secara online yang mana hostnya bersiaran sambil menikmati makanan yang sangat banyak.

Sesuai dengan nama asalnya, mukbang ini dimulakan oleh orang-orang Korea Selatan dan menjadi popular sekitar tahun 2010an. Sehingga kini, mukbang bukan hanya dilakukan oleh orang Korea Selatan, tapi juga dilakukan oleh orang dari US, Singapore, Jepun, China, Australia dan Indonesia.

Kenapa host mukbang makan super banyak tapi badan tetap maintain?

Untuk pengetahuan korang, host mukbang tetap lansing bukan sebab genetik diaorang yang tak pandai gemuk tapi berkat usaha dan kerja keras. Host mukbang perlu senama 6 hingga 10 jam setiap hari untuk mengekalkan bentuk badan yang sado dan lansing.

Masa tidak bersiaran, kawalan pemakanan host mukbang akan adalah sangat ketat, sangat jaga makan dan rajin bersenam. Bahkan ada vlogger yang mengaku hanya makan sedap saat depan kamera!

So yeah, takde yang magic, host mukbang kekal lansing sebab jaga makan dan senaman yang super banyak. lastly, RS nak belanja korang video mukbang, nyum nyum nyum 😆
Comentarios