Lakukan Langkah Mudah ini untuk Kulit Putih Gebu Semulajadi
- rijjsecret
- Sep 29, 2017
- 1 min read

Ramai orang beranggapan harus beli produk yang mahal untuk putihkan kulit. Tapi sebenarnya, dengan produk yang murah pun boleh dapat kulit yang putih gebu kalau cara penggunaannya betul. Nah, ini ialah tips-tips yang sangat mudah untuk dapatkan kulit putih gebu idaman korang. Jom baca lebih lanjut.
Air Mandian
Mandi dengan air sejuk tu lebih bagus berbanding mandi dengan air suam. Sebabnya, air suam tu boleh menghakis minyak semulajadi kulit yang fungsi utamanya untuk mengekalkan kelembapan kulit. Akibatnya, kulit akan jadi lebih kering, gatal dan kusam. Sebaliknya, mandi dengan air sejuk boleh ketatkan pori-pori. Kulit akan kekal lembap dan cantik.
Body Scrub
Biasakan guna scrub badan masa mandi pagi. Scrub yang halus boleh hilangkan kulit mati. Kulit mati inilah punca kulit kelihatan kusam. Untuk kulit lebih cerah dan glowing, gunalah scrub 3 kali seminggu.
Body Lotion
Jangan lupa guna lotion. Kulit cenderung untuk kering selepas mandi sebab terkena sabun jadi harus pakai lotion selepas mandi, jangan lewat. Lotion akan mengekalkan kelembapan kulit selain dapat mencantikan kulit dengan vitamin-vitamin yang terkandung dalam lotion.
Sunscreen
Tips terakhir, jadikan sunscreen kawan baik korang sebelum tinggalkan rumah. Cahaya matahari sudah terbukti boleh merosakan kulit, menjadikan kulit gelap dan kusam. Satu-satunya cara mudah untuk menlindungi kulit dari sinar UV yang bahaya ialah dengan menggunakan sunscreen. Gunakan sunscreen setiap hari sebelum keluar rumah.
Kalau bermanfaat, silalah share. sharingkan is caring, ok ladies 😉
Comments