Akibat Fanatik Drama, Pasangan Menghabiskan RM56,000
- rijjsecret
- Sep 26, 2017
- 1 min read

Untuk kebanyakan orang, perkahwinan itu hanya seumur hidup sekali, jadi tidak hairanlah kalau pengantin sanggup berbelanja sakan untuk majlis perkahwinan yang grand. Tidak jauh beza dengan pasangan dari Jakarta ini, Rekhaza Panji Riawan, 28 dan Sista Mauli Wulandari, 27.

Majlis Perkahwinan Rekhaza dan Sista berkonsepkan drama bersiri yang famous di HBO, Game of Thrones. “Rekhaza ialah peminat fanatik Game of Throne, dia memperkenalkan series itu masa kami mula-mula kenal dan saya jadi ketagih sejak itu” menurut Sista.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah mereka di Jakarta hanya memakan masa kurang dari setengah tahun untuk perancangan tetapi menelan belanja sebanyak £10,000 (lebih kurang RM56,000). “Nasib baik harga barangan tidak semahal harga barang di UK”, tambah Sista lagi.


Dari segi pakaian, pasangan ini mengenakan pakaian serupa dengan yang ada dalam wayang tersebut, termasuklah pengantin perempuan yang bertelingah elf. Bukan setakat pengantin berpakaian ala-ala wayang Game of Throne, mala pengiringnya juga turut memakai juga coklat, mengiringi pengantin sambil membawah sebilah pedang kayu.


600 orang tetamu yang hadir pada masa itu turut memakai pakaian dengan tema yang sama, berjubah hijau dan memakai mahkota bunga dikepala. “Saya suka sangat mengenakan pakaian Ratu Elves, Rekhaza juga handsome dengan pakaian King Joffrey. Walaupun King Joffrey berwatak jahat tapi kami suka pakaiannya,” ujar Sista lagi.


Berbeza dengan perkahwinan biasa yang melambung bunga, pengantin lelaki memanah dari seberang kolam, agar tetamu bertuahnya boleh menyambut anak panah. Sista mengaku semuanya sangat romantik.


Tahniah RS ucapkan di atas majlis perkahwinan yang sunguh magical.

Comments