Kisah Keluarga Tinggal di Pondok 3 Tingkat
- rijjsecret
- Sep 25, 2017
- 1 min read

Malaysia - Pernah tak korang terfikir untuk tinggalkan kehidupan bandar yang sibuk dan tinggal dalam hutan? Disember 2016, Mohd Ridzuan (26) dan isteri, Nur Hidayah (23) nekad untuk berpindah ke Kg Kuala Tualak, Kedah. Pasangan ini membina pondok dalam ladang getah.

Dalam sebuah temuramah bersama Harian Metro dan Sinchew, si isteri berkata, “sebelum ni kami tinggal di rumah mak mentua, tapi terpaksa berpindah sebab adik-beradik Ridzuan juga tinggal di rumah yang sama. Kami cuba untuk sewa rumah tapi lepas sebulan, kami membuat keputusan untuk pindah ke ladang getah sebab tak biasa tinggal rumah sewa.” Ridzuan dan isteri yang sedang hamil 6 bulan tinggal bersama 3 lagi orang anak mereka di pondok 3 tingkat :
Tingkat bawah : tandas
Tingkat 1 : dapur
Tingkat 2 : ruang tamu
Tingkat 3 : bilik tidur

Sebelum ini, keluarga tersebut menggunakan lilin sebagai lampu dan air dari perigi. Tapi kini mereka telah membeli sebuah generator. Ridzuan mengaku sangat selesa tinggal di situ dan tidak bercadang untuk pindah. “Ini ialah tanah peninggalan atok. Saya pilih untuk tinggal sini sebab senang nak pergi kerja,” Tambah Rizduan lagi. Ridzuan bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sebanyak RM600 – RM700 sebulan.

Kisah Ridzuan dan keluarga yang tinggal di pondok 3 tingkat ini mendapat perhatian ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham. Beliau menawarkan pembinaan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk Ridzuan tapi ditolak oleh Ridzuan.

Commentaires