Ayah Semangat Carikan Anak Jodoh
- rijjsecret
- Sep 25, 2017
- 1 min read

China - Selain dari tengok anaknya berjaya, parents juga sangat gembira tengok anaknya sudah bertemu jodoh. Ayah ini juga tidak terkecuali.
Amir Gal, ayah kepada seorang lelaki terlihat sibuk mencarikan jodoh untuk anaknya di Taman Zhongshan, Beijing.

Amir membawa sehelai biodata anaknya dengan harapan mendapat seorang gadis China yang cantik dan baik hati untuk anaknya.

Amir menggambarkan bahawa anaknya sebagai seorang pemuda yang baik dan handsome. Berusia 23 tahun dengan ketinggian 182cm, berkulit cerah, senyuman manis dan merupakan lulusan sebuah universiti ternama di China. Amir mengaku sangat gembira sekiranya ada gadis yang sudi berkenalan dengan anaknya.

Walaupun begitu, sejauh mana niat Amir mencarikan jodoh untuk anaknya adalah tidak diketahui. Atau beliau hanya ingin membuat sensasi. Apa yang pasti, aksi Amir ini membuatkan ramai netizen gempar.
Kommentare