top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Glowing dan Flawless Serta-Merta

  • rijjsecret
  • Sep 20, 2017
  • 2 min read

Kalau sebut je kulit cantik dan glowing, korang mesti terbayang artis Korea kegemaran korang. Sekarang, korang juga boleh dapatkan kulit secantik artis Korea kegemaran korang melalui beauty treatment yang sedang hot di Korea.


BB Glow Skin ialah beauty trend terhot di Korea Selatan masa kini. Apa yang hot sangat pasal treatment ni? Selamatkah treatment ni? Sebelum korang berduyun-duyun nak try treatment ni, jom baca dulu lebih lanjut pasal beauty treand yang sedang hot ni.


BB Glow Skin ni boleh buatkan kulit korang glowing, flawless dan halus-mulus tanpa liang roma ala-ala pakai BB Cream tapi tanpa BB Creeam. Treatment ini dikatakan sangat selamat dan sesuai untuk semua kulit termasuk kulit sensitif.


Apa yang lebih menarik, korang boleh dapat kulit yang glowing dan flawless ni serta-merta. Kesan ni juga boleh bertahan sehingga 4 bulan.


Sama seperti embroidery eyebrow, BB Glow Skin juga menggunakan teknik microblading untuk memasukkan skin color pigment ampoules ke dalam kulit agar kulit terlihat seperti sedang pakai BB Cream. Beauty treament ni sudah mendapat kelulusan KDFA (Korean Drug and Food Assosiation).


sumber : asuonof.blogspot

BB Glow Skin bermula dengan proses double cleasing. Muka yang sudah bersih akan dipakaikan masker. Selepas masker dibersihkan, muka akan disapukan krim anesthetic untuk mengurangkan rasa sakit masa derma roller sedang bekerja. Proses ini berlangsung lebih kurang 1.30jam hingga 2jam. Selepas proses selepas memasukkan pewarna ke dalam kulit, kulit akan dibersihkan dan dimasker sekali lagi, agar kulit lebih segar.


sumber : asuonof.blogspot

sumber : asuonof.blogspot

Walaupun kesan treatment ni dapat dilihat dengan serta-merta tapi pro dan kontra masih lagi menjadi perdebatan. Sesetengah pakar kecantikan menyarankan untuk tidak melakukan treatment ni, manakala sesetengah lagi berpendapat bahawa treatment ini selamat dan risikonya sangat sedikit sekiranya dilakukan oleh pakar yang terlatih dan premis yang berdaftar.


Amacam ladies, tertarik nak cuba beauty treatment yang yang sedang hot ni? Untuk kesan yang lebih memuaskan, jangan lupa untuk dapatkan dulu consultation dari pakar kecantikan sebelum sebarang treatment, ok?



 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page