top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Gemar Minum Kopi, Punca Kegemukan?

  • rijjsecret
  • Sep 20, 2017
  • 1 min read

Korang suka minum kopi pagi-pagi? Awas! Ini mungkin salah satu punca berat korang makin bertambah.


Ada seuatu tentang kopi dan makanan yang manis-manis seperti donut, pastri dan kek. Macam sedap je padanan kopi dan snack ni kan. Tapi kenapa? Semua ini terjawab dalam satu penyelidikan terbaru oleh Robin Dando dari Universiti Cornell New York.


Kafein dalam kopi boleh mempengaruhi deria rasa korang menyebabkan makanan manis terasa kurang manis.


Para penyelidik membahagikan volunteer kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan diberi minum kopi berkafein dan 1 kumpulan lagi diberi minum kopi tidak berkafein. Volunteer ini kemudiannya diarah untuk menambah sejumlah gula ke dalam kopi mereka dan nyatakan tahap kemanisan minum mereka.


Didapati kumpulan yang meminum kopi berkafein mengatakan kopi mereka kurang manis berbanding kumpulan yang meminum kopi tidak berkafein.


Tanpa korang sedar, korang telah naikkan kadar gula dalam darah korang masa bersarapan kopi dan makanan yang manis. Kandungan gula yang tinggi dalam darah bukan saja boleh buatkan korang naik berat badan, juga boleh mengundang macam-macam penyakit seperti kencing manis.


Tetap juga nak minum kopi tiap pagi? Boleh je, tapi jangan minum kopi dengan makanan manis dan kurangkan gula dalam mimuman korang.


Kalau info ni bermanfaat, sharelah dengan keluarga dan kawan. Sharingkan is caring.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page