Share in Jar : Bagus atau Bahaya
- rijjsecret
- Sep 14, 2017
- 1 min read

Setiap hari semakin banyak produk kecantikan yang dijual dipasaran. Dalam banyak-banyak produk, pasti ada produk yang korang teringin sangat nak try kan? Tapi produk yang korang nak try tu takde trial pack.
Apa nak buat kalau dah terbeli tapi produk tu Cuma gimik je? Atau tak sesuai dengan kulit korang? Dari situasi inilah banyak seller terinspirasi untuk menjual produk dalam pek trial atau lebih dikenali Share in Jar.
Suka sangat beli produk share in jar
Konsep share in jar ni ialah dengan membahagi-bahagikan produk sedia ada ke bekas yang lebih kecil. Tujuannya supaya pembeli boleh beli produk dalam pek trial.
Dari segi harga pula, produk dalam share in jar lebih murah kalau dibandingkan dengan beli produk yang dalam bekas asal.
Apa yang korang harus tahu sebelum beli produk share in jar
Share in jar bermaksud pindahkan produk dari bekas asal ke bekas lain, jadi produk ini pasti akan terkena kotoran dari udara, apa lagi kalau seller hanya menggunakan tangan untuk memmindahkan produk. Risiko produk terjangkit bakteria adalah sangat tinggi.
Sentiasa periksa saiz share in jar sebelum beli, jangan sampai kecewa masa terima produk kerana saiznya tidak seperti yang korang bayangkan.
Last sekali, semak reputasi seller. Oleh kerana produk yang korang beli bukan lagi dalam bekas sebenar, risiko mendapat produk yang fake adalah tinggi.
Anyway ladies, berhati-hari ye masa beli produk share in jar dan jangan lupa share info ini kalau bermanfaat. TQ
Comentarios