5 Zodiak ni ialah Calon Suami Terbaik
- rijjsecret
- Sep 13, 2017
- 1 min read

Perempuan mana yang tak suka suami romantik, caring, baik hati kan? Ini ialah kriteria sebagai calon suami terbaik berdasarkan zodiak. Jom baca ladies.
Virgo
Lelaki virgo sangat memahami dan rajin bekerja. Sangup melakukan apa saja untuk orang tersayang. Walaupun kadang-kala virgo nampak macam acu tak acu je, tapi sebenarnya, virgo sangat penyayang, dengan caranya yang tersendiri.
Aquarius
Tenang dan berkarisma. Walaupun aquarius sedang berdepan dengan masalah, lelaki aquarius tetap dapat berfikir dengan tenang dan membuat keputusan dengan baik. Aquarius akan buatkan korang tenang dan tak risau banyak hal.
Aries
Lawak dan penuh dengan kejutan. Lelaki Aries pandai mengambil hati pasangannya. Aries ada cara tersendiri untuk membahagiakan pasangannya. Aries juga tegas dan mempunyai pendirian yang teguh.
Capricorn
Capricon selalu memanjakan pasangannya dan selalu memberi peluang pasangannya untuk membuat keputusan. Capricon terkenal dengan sikap pemalunya, tapi bila dengan pasangannya, capricon lebih bersikap terbuka.
Scorpio
Jenis lelaki yang hot! Saat bercinta, Scorpion bukan saja sayang pasangannya tapi juga orang disekeliling pasangannya. Walaupun Scorpion banyak berahsia, tapi Scorpion boleh diharap sekiranya terjadi masalah.
Ladies, demikian 5 pemilik zodiak yang menjadi calon suami yang baik. Sssst adakah pasangan korang salah satu dari 5 zodiak ni?
Comments