top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

5 Tabiat Korang Penyebab Mata Panda

  • rijjsecret
  • Sep 12, 2017
  • 2 min read


Walaupun dah cover dengan concealer dan corrector, lingkaran gelap bawah mata atau lebih lebih dikenali mata panda sangat mengganggu penampilan. Orang cakap mata panda disebabkan kurang tidur tapi bila dah tidur panjang terutama masa cuti, tapi mata panda tetap tak juga hilang.


Kenapakah ini terjadi? Adakah korang perlu panjangkan masa tidur korang? Sebenarnya mata panda ini bukan saja disebabkan oleh faktor kurang tidur, tapi ada beberapa faktor lain. Dan faktor ini boleh dielakkan kerana faktor ini datang dari diri korang sendiri.


1. Sering menggosok mata


Jangan terkejut, tabiat ini memang nampak normal tapi rupanya inilah satu faktor penyebab mata panda kalau sering dilakukan. Kenapa? Kerana masa korang menggosok mata, salur darah disekeliling mata akan pecah.


Itulah kadang-kala mata jadi bengkak dengan tiba-tiba, lepas tu bertukar jadi gelap tanpa korang sedar. Bukan setakat mata panda je, garis halus pun timbul. Garis halus ni akan buatkan korang nampak lebih tua.


2. Malas pakai sunscreen


Sunscreen bukan saja boleh lindungi kulit dari kerosakan akibat sinar UV, tapi sunscreen juga boleh mengurangkan mata panda. Kulit disekeliling mata adalah lebih nipis berbanding kulit dibahagian lain muka, ini menyebabkan kulit bawah mata lebih cepat gelap. Pilih sunscreen yang memang diformulasikan untuk kegunaan bawah mata ye.


3. Kasar ketika membersihkan makeup


Sama dengan tabiat menggosok mata, cara membersihkan maskara atau eyeliner yang kasar juga boleh menyebabkan mata panda semakin ketara. Bukan tu je, kulit bawah mata juga akan semakin mengendur.


Untuk elakkan ini, kurangkan penggunaan eyeliner dan maskara jenis waterproof. Gunakan juga makeup remover yang khas untuk menanggalkan eyeliner dan maskara jenis waterproof supaya korang tak kesat mata korang dengan kuat untuk tanggalkan makeup.


4. Garam berlebihan


Korang rasa makan garam lebih ni bukan hobi korang? Garam bukan saja terlebih dalam makanan yang masin, makanan lain yang tidak terasa masin pun menggandungi banyak garam, contohnya keropok dan makanan yang diproses.


Garam yang berlebihan ni akan menyerap air dalam badan korang dan buatkan kulit korang kering. Kulit yang kering akan buatkan mata panda lebih ketara.


5. Kurang minum air


Lebih dari 60% badan manusia dewasa adalah air. Kurang minum air akan mendatangkan banyak keburukan luar dan dalam badan.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page