3 Rawatan Kecantikan yang Diharamkan
- Sep 9, 2017
- 2 min read

Setiap wanita pasti ingin sentiasa tampil cantik dan sihat. Dengan semakin tingginya standard kecantikan dan kesihatan ni, bermacam-macam jenis rawatan yang muncul. Tapi adakah semua treatment-treatment ini sah disisi undang-undang? Jom baca, jangan biarkan diri korang jadi mangsa seterusnya.
1. Fish Pedicure

Fish pedicure atau juga kekenali sebagai spa ikan memang agak popular sejak awal tahun 2000an. Di spa ikan, pengunjungkan merendam kaki dalam kolam berisi ikan jenis Garra rufa. Ikan-ikan ini akan memakan sel kulit mati. Proses ini membuatkan pengunjung berasa rilex. Siapa sangkah spa ikan ini adalah HARAM?
Berdasarkan penelitian dilakukan The Health Protection Agency UK, terapi ikan ini adalah haram kerana boleh menyebabkan penularan penyakit seperti HIV dan Hepatitis C. Ini kerana virus penyakit ini boleh berjangkit melalui air. 14 negeri di US juga telah mengharamkan rawatan spa ikan ini.
2. Diet Cacing Pita

Tidak dinafikan demi mendapatkan berat badan ideal, perempuan sanggup cuba pelbagai diet yang belum tentu selamat. Ini ialah salah satu diet ekstrim yang perempuan sanggup lakukan, diet cacing pita. Sesuai dengan namanya, diet ini melibatkan penggunaan cacing pita. Seramkan?
Diet cacing pita ini cukup terkenal di kalangan artis. Bahkan model Victoria’s Secret juga ada yang mengamalkan diet ini. Diet cacing pita dimulakan dengan menelan kapsul yang mengandungi telur-telur cacing pita. Selepas beberapa hari, telur-telur tersebut akan menetas dalam usus dan memakan nutrisi perumah sehingga berat badan perumah menurun. Cacing pita akan dikeluarkan dengan cara memakan ubat cacing selepas perumah mencapai berat badan ideal.

Namun diet ini diharamkan kerana terdapat kes di mana cacing pita gagal dikeluarkan daripada perumah. Lebih teruk, cacing pita ini telah membiak dalam perumah. Jika tidak ditangani dengan segera, cacing pita boleh menyebabkan kematian perumah.
3. Japanese Eyelash Perm

Bulu mata akan dilekatkan kepada sebatang rod menggunakan gam. Ini akan membuatkan bulu mata tetap curl untuk tempoh 1 bulan. Nampak macam selamat tapi cara ini telah diharamkan oleh FDA sejak tahun 2004 kerana gam yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan mata yang serius.
RS harap korang tidak terfikir untuk cuba rawatan-rawatan di atas ya.

Comments