top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Nenek Malang Berkostum Pikachu

  • rijjsecret
  • Sep 8, 2017
  • 1 min read

China – Seorang nenek berumur 71 tahun memakai kostum karekter kartun Jepun, Pikachu, mendapat perhatian netizen baru-baru ini.


Nenek ini yang hanya dikenali sebagai Han setiap hari akan berdiri di tengah kota Shandong semata-mata untuk mendapatkan duit bagi menanggung bil perubatan 3 orang keluarganya.


Pada tahun 2007, Nenek Han menghabiskan semua simpanannya untuk merawat anaknya yang didiagnosi menghidap kanser otak.


Satu tahun kemudian, suami nenek Han yang bekerja sebagai buruh binaan terjatuh dari bangunan di tempat kerjanya dan mengalami patah kaki. Tapi nenek Han sudah tidak mempunyai duit untuk merawat suaminya.


Sudah jatuh ditimpah tangga. Malang yang menimpa nenek Han tidak terhenti di sini. Tahun lalu, menantu nenek Han yang menjadi tulang belakang keluarga tersebut telah lumpuh.


Selepas kejadian yang menimpa keluarganya, nenek Han yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan membuat keputusan untuk menjadi penghibur jalanan dengan mengenakan kostum Pikachu, dengan bayaran 9yuan (lebih kurang RM6.00) untuk setiap yang ingin bergambar dengannya.




Dengan umur nenek Han, beliau sepatutnya menghabiskan masa tuanya dengan bersantai di rumah dan bukan menjadi tulang belakang untuk menanggung keluarganya. Walaupun begitu, nenek Han tetap gigih mencari rezeki.


Semoga kehidupan nenek Han dan keluarganya akan menjadi lebih baik di masa akan datang.



 
 
 

Commentaires


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page