top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Asyik Dapat Lelaki yang Salah? Kenapa Ini Terjadi?

  • rijjsecret
  • Sep 5, 2017
  • 1 min read


Pernahkah korang terfikir kenapa asyik menjalinkan hubungan dengan lelaki yang salah? Bukan bahagia yang korang rasakan tetapi stress. Kenapa korang tidak berjumpa dengan lelaki yang sayangkan korang seadanya?


Sebenarnya, semua ini adalah berpunca dari dirimu sendiri. Wanita jatuh cinta pada lelaki yang salah kerana wanita itu kurang percaya pada dirinya sendiri.


Menurut survey yang dilakukan oleh Glamour pada tahun 2014, didapati lebih daripada 50% wanita tidak berpuas hati dengan bentuk tubuhnya dan 80% wanita tidak boleh melihat diri mereka di depan cermin tanpa merasa kecewa dan merasa diri sendiri adalah tidak cantik.


Mindset yang yang buruk ini adalah punca wanita membuat keputusan yang salah dalam pemilihan pasangan. Wanita yang tidak yakin diri akan lebih mudah menjalinkan hubungan dengan lelaki yang tidak melayan mereka dengan baik, suka merendahkan wanita, lebih teruk wanita tersebut mungkin akan dikasari atau disakiti oleh pasangannya. Ini kerana wanita itu sendiri tidak menghargai diri sendiri. Jangan pernah berfikir korang tak layak untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik kerana korang rasa diri korang tidak cukup cantik, tidak cukup baik, tidak cukup pintar, tidak cukup ramping dan sebagainya.


Satu-satunya cara untuk tidak mudah menjalinkan hubungan dengan lelaki yang berkelakuan buruk terhadapmu adalah dengan meningkatkan keyakinan diri. Hargai diri, percaya bahawa korang layak untuk dapatkan yang terbaik untuk dirimu.


p/s : RS doakan korang dipertemukan dengan jejaka yang terbaik untuk korang.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page