top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

Tidur yang Boleh Buat Awet Muda

  • rijjsecret
  • Sep 5, 2017
  • 1 min read

Menurut artikel kesihatan Huffington Post yang ditulis oleh Dr Christopher Winter, ketua unit Charlottesville Neurology & Sleep Medicine, suhu tempat tidur adalah penentu tidur yang nyenyak.


Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, suhu bilik tidur haruslah pada julat 15.5 hingga 19°C.


Mengapa suhu bilik penting? Ini kerana secara semulajadinya, badan manusia mengalami perubahan dalam masa 24jam. Suhu badan manusia adalah lebih tinggi pada tengahari berbanding subuh.


Semasa ingin tidur, suhu badan semakin menurun, bilik yang sejuk akan membuatkan anda tidur dengan lebih cepat dan nyenyak. Selain itu, terdapat manfaat lain :


[if !supportLists]1. [endif]Hasil kajian University of South Australia, mendapati bahawa tidur pada ruang

bersuhu rendah boleh mengurangkan derita pesakit insomnia.


[if !supportLists]2. [endif]Tidur pada suhu lebih dari 21°C akan menghalang perembesan hormon

melatonin, hormon anti-penuaan terbaik.


[if !supportLists]3. [endif]Menurut Huffington Post, tidur yang nyenyak boleh mengekalkan berat badan

ideal. Ini kerana hormon kortisol tidak akan dirembeskan oleh tubuh.


Secara kesimpulannya, tidurlah di bilik yang sejuk untuk kulit lebih awet muda dan mengekalkan berat badan ideal.


 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page