Makanan yang Buat Diet Korang Gagal
- rijjsecret
- Aug 28, 2017
- 1 min read

Jangan disebabkan makanan ni, sia-sia diet dan exercise korang. Ketahui makanan perosak usaha korang.
Nak sihat tubuh badan mestilah makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi ada 1 jenis tumbuhan ni tak baik untuk korang yang dalam proses menguruskan badan.
Harvard T.H. Chan School of Public Health pada tahun 2015 telah mengenalpasti tumbuhan yang boleh menaikkan berat badan. Makanan tersebut adalah jagung.
Hasil kajian mendapati dengan memakan jagung setiap hari, boleh menaikkan berat badan sebanyak 1KG.
Para penyelidikan Harvard T.H. Chan School of Public Health membuat kajian terhadap 130,000 orang dewasa selama 20tahun dengan memonitor makanan mereka setiap 4tahun sekali.
Penyelidik mendapati jagung merupakan punca kegagalan penurunan berat badan. Ini kerana jagung mempunyai kandungan gula yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh meningkatkan nafsu makan.
Bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, keluarkan jagung dari senarai makanan anda agar usaha anda tidak sia-sia.
Comentários