Wanita Suka Lelaki yang Makan seperti Ini...
- rijjsecret
- Aug 23, 2017
- 1 min read

Ada orang cakap kalau nak dapatkan hati lelaki, tawan dulu perutnya dengan makanan. Berbeza dengan wanita, apa yang dimakan oleh lelaki, itu yang menjadi salah satu punca wanita suka lelaki itu.
Mengikut kajian sebuah universiti di Australia, Macquarie University, lelaki diberi makan makanan berwarna Merah, Kuning dan Orange. Lelaki ini kemudiannya diarahkan untuk bersenam dan wanita akan menghidu bau peluh lelaki-lelaki tersebut.
Melalui ujian ini, wanita mendapati bahawa lelaki yang memakan buah dan sayur mempunyai aroma peluh yang segar berbanding lelaki yang makan junk food, makanan bergoreng, roti, pasta dan lain-lainan makanan yang berkarbohidrat tinggi. Wanita juga lebih sukakan lelaki yang makan makanan berprotein tinggi seperti daging merah dan telur.
Ian Stephen, seorang penulis dan profesor bidang evolusi, genetik dan psikologi menerangkan bahawa aroma tubuh merupakan salah satu komponen penting sebagai daya penarik teruama bagi wanita.
Walaubagaimanapun, aroma badan ini bukan penentu utama pasangan hidup, banyak lagi faktor lain yang buatkan wanita jatuh hati dengan seorang lelaki. Tapikan siapa yang tak suka dengan lelaki wangi, kan ladies?
Comments